PERUTUSAN PEGAWAI DAERAH

PERUTUSAN PEGAWAI DAERAH

Assalammualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya.

Sekalung tahniah diucapkan kepada jawatankuasa laman web Pejabat Daerah Beaufort yang telah menghasilkan satu lagi wadah perhubungan masa kini dalam usaha kita memperbaiki lagi mutu perkhidmatan dan penyampaian kepada masyarakat. ini bertepatan dengan fungsi Pejabat Daerah itu sendiri dalam mengetuai pentadbiran di dalam daerah dan menjadi penghubung antara kerajaan dengan masyarakat terutamanya yang berada di luar bandar.

Pejabat Daerah Beaufort sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan agar dapat memenuhi keperluan khususnya warga Beaufort. Justeru, antara usaha kami ke arah itu adalah melalui pembinaan laman web ini yang mana tujuan utamanya adalah untuk menyalurkan info terkini berkaitan Daerah Beaufort selain sebagai wadah perhubungan alam maya antara Pejabat Daerah Beaufort dan orang awam. Besarlah harapan kami agar ia dapat menjadi platform rujukan yang berguna dan boleh dikongsi bersama ke arah kebaikan .

Pihak Pejabat Daerah Beaufort mengalu-alukan semua warga Daerah Beaufort dan masyarakat diluar sana untuk melayari laman web kami ini. Bagi pihak Pejabat Daerah Beaufort, saya menyambut baik sebarang pandangan, teguran yang membina, idea dan cadangan untuk penambahbaikan yang berterusan.

Selamat Melayari Portal Rasmi Pejabat Daerah Beaufort.

Sekian dan salam hormat.


MOHD NAZRI BIN AJUN
Pegawai Daerah
Beaufort